Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah berkenan supaya bendera peribadi baginda dikibarkan separuh tiang selama lima hari berturut-turut di Istana Negara bermula hari ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, ia sebagai tanda berkabung Seri Paduka Baginda di atas pemergian Almarhum Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan pada Jumaat.